Want your
own Fotopage?


















 
adi's FotoPage

By: adi imran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Jun-2009 04:53 Email | Share | | Bookmark
Baby Zahra n Mama








gedik je... nak tersengih2... mama n zahra sama je posing maut yg over giler!!! ape pun ucu nak ucapkan slmt pgntn baru kat zahra sbb zahra pose kat pelamin.... anyway zahra you is only my niece.. good luk on your future life!!! bubye babay!!! Sat 20-Jun-2009 06:28
Posted by:zahra's aunt hawa  - [Link]
Wah dah beso zahra...cam saper yek muka yer..ehehehe. Dah pandai apa sekarang? Tue 30-Jun-2009 10:25
Posted by:Ibu Nazeem
Add comment


Monday, 15-Jun-2009 04:12 Email | Share | | Bookmark
Outing

Ni events outing baby Zahra jalan2 ngan mama n papa yang sempat disnap. Banyak gak event cam ni yg Zahra ikut ... kat jb ni mmg selalu la, mostly ke shopping complex. Tak pun ke Muar, balik kg umah nenek ... atau ke KL ikut papa buat fieldwork.


Ni masa celebrate Besday mama ... bln 3 yang lepas


Shopping @ Jusco ...


Ngan atuk n 'mak' kat kenduri kawen kat Bukit Kepong


waaa besar dah dia...berapa bulan dah mahadi?...aku tgk kau sejak ada kat m'sia rambut ko takdela putih byk sgt compare masa kat UK Tue 16-Jun-2009 10:08
Posted by:ude
COMELNYE DIE..... kan ok ble die pkai gaun kembang.... u cee wat i say... just go on zahra.. Sat 20-Jun-2009 07:16
Posted by:zahra's aunt hawa  - [Link]
Add comment


Wednesday, 10-Jun-2009 05:27 Email | Share | | Bookmark
Akikah Event



Entry ni akan bercerita pasal Majlis Akikah Zahra yang lalu. Sblm tu, sedikit info mengenai akikah ...

Pengertian Akikah:
Quote:
Sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.


Hukum akikah:
Quote:
Sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.


Tempoh akikah:
Quote:
Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.


Hikmah Akikah:
Quote:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah


Event ni sebenarnya dah lama berlalu, iaitu pada tanggal 21/03/2009, 80 hari setelah Aleesa Zahra selamat dilahirkan. Namun dek kerana kebzian tahap gaban, barulah sempat diupload kini . Alhamdulillah, majlis telah selamat diadakan dgn bantuan rewang drp org2 kampung Batu 16 3/4, Air Hitam. Ayah Zarah sendiri yang telah memilih kambing biri2 yang memenuhi syarak. Atuk Dimin telah memasak daging akikah tersebut dengan resepi gulai manis. Belah petang diadakan majlis berzanzi dengan dihadiri oleh kaum-kaum ibu (kawan2 nenek Zahra), kemudian diadakan juga upacara potong jambul. Dek kerana masa majlis berlangsung ... cuaca terlalu panas, mood si Zahra tak berapa bagus ... asyik merengek sahaja, rimas orang ramai agaknya . Belah malamnya pula, diadakan majlis tahlil (kirim arwah) utk arwah Atuk Zahra. Kira mama n papa mmg bz tahap gaban satu hari ni ....


Daging akikah ni yang siap dimasukkan bhn2 gulai manis ... yummy


Nenek n Atuk Besah ... mencuci ayam utk buat bungkusan berkat ..


Bru lepas mandi ... cuaca panas sangat kat kg, kena mandi selalu ... he he he. Lgipun hari ni big event la ... kena wangi2



Aksi baby Zahra yang asyik merengek spjg majlis potong jambul .


Zahra yang bad mood ...


Bersama nenek n 'mak'


Mama ngapa tertunduk malu ni ?

bila baby Zahra nk jumpa baby Sarah ni?baby Hasanah dh nak balik cni x lama lg Wed 10-Jun-2009 13:20
Posted by:mimi
Add comment


Friday, 15-May-2009 10:24 Email | Share | | Bookmark
Our Lovely Daughter : Aleesa Zahra

Quote:
Atas permintaan rakan-rakan, kami upload bbp kpg gambar Aleesa Zahra yang boleh dikatakan agak lates jugak ... ahaks.







Tu dia baru bole tgk...punya la lama duk usha hehehe...amboiii seronot dia naik flight...
bila nak balik sini...nnti mady bawa blk zahra skali bulan 7 ni...
Fri 15-May-2009 18:09
Posted by:pelandok17
wah..mata biru ler... Sat 6-Jun-2009 15:51
Posted by:YatiB
aaa..zahra ada lesung pipit ke?? so cute!!! Sun 7-Jun-2009 20:01
Posted by:areej
Add comment


Monday, 2-Feb-2009 14:21 Email | Share | | Bookmark
I am blanketed in snow

Quote:
Headline of today Yahoo news :

"Thousands of people were left stranded as the heaviest snowfall to hit the UK in 18 years swept across the country, causing travel chaos and closing thousands of schools"

"Thousands of people are facing a nightmare journey home after the heaviest snowfall to hit the UK in 18 years caused travel chaos and closed thousands of schools"

"Heavy snow has brought Britain to a virtual standstill with bus services suspended, trains cancelled and flights delayed".

"Britain's worst snow storm for 18 years is expected to cost the country millions of pounds in lost trade".











sorang jek ke??? sian nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... heheheheh Mon 16-Feb-2009 12:36
Posted by:penduduk aintree close
abg madi n k ima bila nk update fp ni? rindu nk tgk budak kecik tu.. Thu 30-Apr-2009 11:13
Posted by:mimi
Add comment


Saturday, 31-Jan-2009 16:47 Email | Share | | Bookmark
Allahyarham Hj Bahari - 11 hari pemergiannya

Ada dua cerita yang ingin aku kongsikan bersama pada tarikh hari ini 31/01/2009:

Quote:
Peristiwa pertama:
Pemergian bapak aku yg disayangi di dunia alam fana ini pada tarikh 21/1/2009 meninggalkan kesan mendlm dlm hidup aku. Sbg anak bongsu, betapa ralitnya diri ini sbb tidak berada di sisinya pd saat2 terakhir hidupnya. Kenangan terakhir kami adalah di KLIA airport sebelum aku berangkat ke bumi UK. Sudah tertulis, kesihatan bapak sering terganggu sejak kematian pakcik aku (adik kpd bapak) pada sekitar bulan September 2008. Masih terngiang keceriaan suara bapak ketika aku menelefonnya sehari selepas beliau selesai menguruskan jenazah pengebumian adiknya. Wlpn ketika itu dirinya sedih namun beliau merasa puas dan gembira kerana dpt menguruskan jenazah adiknya sendiri. Selang beberapa minggu kemudian, suara ceria itu tidak kedengaran lagi di telinga aku, melainkan beliau melahirkan perasaan gelisah disebabkan sukar melelapkan mata utk tidur di waktu malam. Disebabkan itu jugalah, kesihatannya semakin menurun dari sehari ke sehari ... bapak semakin uzur. Aku pula tidak dapat berbicara degannya seperti biasa melalui telefon. Bila family membawanya ke klinik, tiada pula kebimbangan yang disuarakan oleh doktor melainkan penyakit orang tua. Tidak berpuas hati dgn kata-kata doktor, family kemudiannya membawa berjumpa dgn seorang ustaz di kg, dan alhamdulillah akhirnya bapak dapat tidur malam dengan mengamalkan bbp amalan2. Hati aku berbunga riang dgn perkembangan tersebut, dan tidak putus siang malam aku berdoa supaya bapak diberi kesihatan yg terbaik dan panjang umur supaya dapat aku berjumpa dgnnya nanti bila kami bertiga blk ke M'sia. Namun lumrah kejadian manusia ... tidak akan kekal di dunia ini. Allah menyayangi dirinya lebih drp kami menyayangi dirinya ... dunia ini hanyalah tempat sementara sahaja utk kami sefamily bermanja dgn bapak. Seminggu sebelum bapak pergi, beliau menghidapi demam panas, tidak lalu makan dan minum, dan family akhirnya membawa bapak ke Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar. Tepat jam 3.40 ptg (wktu M'sia), bapak telah disahkan meninggal dunia akibat sistem tubuh bdn yang tidak berfungsi .. kedua buah pinggang yang rosak, paru2 berair dan mengakibatkan denyutan jantung turut terhenti. Alhamdulillah, sehari sebelum kematiannya, aku dan isteri sempat memohon ampun dan maaf darinya .. dirinya memang selalu berada diingatan kami berdua wlpn jauh di mata. Al-Fatihah ke atas arwah Hj Bahari ... moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Selagi diri ini diberi kesihatan, selagi itulah anak ini akan berdoa utk arwah, insyaAllah. Teringat aku ke atas petikan ini: Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”. - AL FATIHAH-

Alhamdulillah, kini aku semakin tabah melalui kehidupan ini.



Kenangan kami bersama arwah.




Adik beradik aku dan arwah (abg ngah aku tiada dlm gambar)

Quote:
Peristiwa kedua:
Zahra genap 1 bulan, Akalnya semakin menjadi-jadi, gelak ketawanya menambah keceriaan di hati kami berdua. Mgkin tahu yang papanya sedang melalui saat2 kemurungan, setiap kali anak matanya memandang diri ini, terbit sinar kebahagiaan di sanubari. Keadaan isteriku pula semakin baik ketika ini, melalui pantang selama 1 bulan. Banyak yang aku pelajari untuk menjaga orang berpantang, fizikal dan mental. Tanpa orang tua di sisi, semuanya aku lakukan sendirian. Ada ketikanya hati ini happy, ada ketika hati ini stress. Apa pun, mereka berdua adalah permata berharga bgi diri aku. Moga Allah memelihara kehiduan kami bertiga dunia dan akhirat. Amiin.




Care to comment?


Wednesday, 28-Jan-2009 18:07 Email | Share | | Bookmark
Aleesa Zahra : on her 17th day

Quote:
All pictures look too gorgeous because they are taken by Zahra's Bapak.













geramnyaaaaa tgk dia...bila nak bole jalan niii... Fri 30-Jan-2009 23:52
Posted by:91 the greenway  - [Link]
Add comment


Monday, 12-Jan-2009 23:15 Email | Share | | Bookmark
The meaning of Aleesa Zahra



Quote:
Ya Allah Ya Tuhanku ...
KAU berkatilah kehidupan Aleesa Zahra ...
Jadikan lah beliau sebaik-baik umatMU ...
Moga nama yang dipilih ini mendapat rahmat dari MU


Setelah berpinar2 mata ini dan pening kepala dibuatnya untuk mencari nama yang sesuai bagi si puteri, kami akhirnya sepakat untuk memilih ALEESA ZAHRA sebagai nama penuh. Sejak dari dalam kandungan lagi dan bila kami yakin bahawa kandungan adalah perempuan (berdasarkan regular check-up di hospital .... kami telah reserve nama Zahra, cuma nama awal shj yg belum mendapat kepastian). Aleesa yang bererti kegembiraan ..., manakala Zahra pula yang cerdik ... Mudah-mudahan sesuailah nama ini untuknya.... Insya Allah.

Alhamdulillah,Tahniah Mahadi dan Imah atas kelahiran puteri Aleesa Zahra. Moga kehadirannya menambahkan kebahagiaan dan keceriaan dlm rumahtangga.. Comelnye tgk baby Aleesaa.... InsyaAllah kalau berkesempatan kami dtg ziarah...

Untuk Imah, take good care of youself...
Thu 15-Jan-2009 13:11
Posted by:azu  - [Link]
--> Azu
TQ. Hadirnya Zahra mmg membuatkan hidup kmi ni kelam kabut gamaknya. InsyaAllah, kmi akan didik sebaik mungkin utk menjadi muslimah yg solehah dan berjaya dlm hidup ... ianya anugerah drpNya, semestinya kita kena pelihara. Imah alhamdulillah ... semakin hari beransur cergas. Dtg lah ke rumah kami ... dulu singgah sekejap sgt, cuma nampaknya klu dtg kali ni dah 2 vs 0 gamaknya
Thu 15-Jan-2009 20:46
Posted by:newcombe rise  - [Link]
Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 21:24 Email | Share | | Bookmark
Zahra's 'tali pusat' gone on her 6th day (snow day in London)



Pagi ni tali pusat Zahra nampak gayanya hampir putus. Nampak relax aje dia waktu tali pusat tu da mula terkontang-kanting. Pesan org2 tua, lebihan tali pusat yang telah tertanggal tu perlu disimpan. Kami kurang arif pula apa mitos disebalik perkara ini.



Sedari dari subuh juga, snow turun dengan lebatnya ... patutlah dri ptg semalam sejuknya lain macam. Snow rahmat kot (biasa org kata hujan rahmat ) sbb mmg niat dihati apa jua berlaku hari ni, aku tetap nak tanam plasenta Zahra. Tanpa lengah2 lgi, aku menyambung tugasan sejak ptg smlm untuk membersihkan plasenta Zahra (kerja ni asyik tertangguh shj, al-maklum lah winter ni gelapnya lebih cepat ditambah pula dgn kunjugan tetamu yang tak putus2 tiba). Berbekalkan list drp org tua kami, alhamdulillah kerja2 mengumpulkan item2 yang perlu dimasukkan ke dlm bekas tanah liat bersama2 dgn plasenta berjalan dgn lancar. Cuma naik mengah juga nak mengorek tanah kat depan rumah aku ni, banyak sungguh batu2 pejal. Tambah pulak suhu takat beku pagi tu ...cepat kebas tangan ni jadinya. Akhirnya, berjaya juga plasenta Zahra ditanam. Semoga Aleesa Zahra membesar menjadi muslimah yang solehah ... InsyaAllah.



Selesai kerja2 menanam plasenta ... org tua kat M'sia pesan isteriku supaya dapat kiranya membuat bubur putih bubur merah sbb tali pusat Zahra telah tertanggal (actually ditanggalkan oleh isteriku sbb lat lat lat mcm nak tertanggal ... baik ditanggalkan terus ). Seumur hidup aku, tak pernah aku membuat bubur putih bubur merah ni, tau2 aje klu kat kg tu ... klu mcm aku lulus periksa k, atau apa2 lah yg berupa mcm mensyukuri rahmat pemberianNya ... mak aku yg akan buat bubur ni (selain drp bersyukur atas segala kurniaanNya di tikar sembahyang). Namun, atas tunjuk ajar isteriku, berjaya juga aku menyediakan bubur putih bubur merah ni seadanya, cuma kata isteriku terlebih santan!. Ni lah hasilnya ...


Care to comment?


Friday, 9-Jan-2009 20:29 Email | Share | | Bookmark
Zahra ~ her first bath



Kesian kat baby Zahra, masuk hari ke 5 baru sempat dimandikan dengan air menyeluruh ke satu bdn. Bukan selama 4 hari ni beliau tak mandi, kat hospital tempohari, midwife hanya lap2 aje apa yang patut. Hari ke 3 & 4 pulak, mamanya hanya larat utk lap2 kat mana ada kesan darah pada bdn. Papanya pulak, memang lah tak berani nak mandikan Zahra yang masih kecil tu .

Alhamdulillah, pgi tu Nadia n Wan Saupi dtg ke rumah utk memandikan baby Zahra. Midwife pun pesan kat kami, baby yang masih kecil (below than 3 months), tak perlu dimandikan tiap hari, cukup dlm 2 kali seminggu shj., tu pun elakkan drp menggunakan sabun / shower gel / foam for baby utk elakkan kulit baby mengelupas.


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.