Want your
own Fotopage?


















 
... we see, snap and share ..

By: adi imran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jan-2009 16:47 Email | Share | | Bookmark
Allahyarham Hj Bahari - 11 hari pemergiannya

Ada dua cerita yang ingin aku kongsikan bersama pada tarikh hari ini 31/01/2009:

Quote:
Peristiwa pertama:
Pemergian bapak aku yg disayangi di dunia alam fana ini pada tarikh 21/1/2009 meninggalkan kesan mendlm dlm hidup aku. Sbg anak bongsu, betapa ralitnya diri ini sbb tidak berada di sisinya pd saat2 terakhir hidupnya. Kenangan terakhir kami adalah di KLIA airport sebelum aku berangkat ke bumi UK. Sudah tertulis, kesihatan bapak sering terganggu sejak kematian pakcik aku (adik kpd bapak) pada sekitar bulan September 2008. Masih terngiang keceriaan suara bapak ketika aku menelefonnya sehari selepas beliau selesai menguruskan jenazah pengebumian adiknya. Wlpn ketika itu dirinya sedih namun beliau merasa puas dan gembira kerana dpt menguruskan jenazah adiknya sendiri. Selang beberapa minggu kemudian, suara ceria itu tidak kedengaran lagi di telinga aku, melainkan beliau melahirkan perasaan gelisah disebabkan sukar melelapkan mata utk tidur di waktu malam. Disebabkan itu jugalah, kesihatannya semakin menurun dari sehari ke sehari ... bapak semakin uzur. Aku pula tidak dapat berbicara degannya seperti biasa melalui telefon. Bila family membawanya ke klinik, tiada pula kebimbangan yang disuarakan oleh doktor melainkan penyakit orang tua. Tidak berpuas hati dgn kata-kata doktor, family kemudiannya membawa berjumpa dgn seorang ustaz di kg, dan alhamdulillah akhirnya bapak dapat tidur malam dengan mengamalkan bbp amalan2. Hati aku berbunga riang dgn perkembangan tersebut, dan tidak putus siang malam aku berdoa supaya bapak diberi kesihatan yg terbaik dan panjang umur supaya dapat aku berjumpa dgnnya nanti bila kami bertiga blk ke M'sia. Namun lumrah kejadian manusia ... tidak akan kekal di dunia ini. Allah menyayangi dirinya lebih drp kami menyayangi dirinya ... dunia ini hanyalah tempat sementara sahaja utk kami sefamily bermanja dgn bapak. Seminggu sebelum bapak pergi, beliau menghidapi demam panas, tidak lalu makan dan minum, dan family akhirnya membawa bapak ke Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar. Tepat jam 3.40 ptg (wktu M'sia), bapak telah disahkan meninggal dunia akibat sistem tubuh bdn yang tidak berfungsi .. kedua buah pinggang yang rosak, paru2 berair dan mengakibatkan denyutan jantung turut terhenti. Alhamdulillah, sehari sebelum kematiannya, aku dan isteri sempat memohon ampun dan maaf darinya .. dirinya memang selalu berada diingatan kami berdua wlpn jauh di mata. Al-Fatihah ke atas arwah Hj Bahari ... moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Selagi diri ini diberi kesihatan, selagi itulah anak ini akan berdoa utk arwah, insyaAllah. Teringat aku ke atas petikan ini: Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”. - AL FATIHAH-

Alhamdulillah, kini aku semakin tabah melalui kehidupan ini.



Kenangan kami bersama arwah.




Adik beradik aku dan arwah (abg ngah aku tiada dlm gambar)

Quote:
Peristiwa kedua:
Zahra genap 1 bulan, Akalnya semakin menjadi-jadi, gelak ketawanya menambah keceriaan di hati kami berdua. Mgkin tahu yang papanya sedang melalui saat2 kemurungan, setiap kali anak matanya memandang diri ini, terbit sinar kebahagiaan di sanubari. Keadaan isteriku pula semakin baik ketika ini, melalui pantang selama 1 bulan. Banyak yang aku pelajari untuk menjaga orang berpantang, fizikal dan mental. Tanpa orang tua di sisi, semuanya aku lakukan sendirian. Ada ketikanya hati ini happy, ada ketika hati ini stress. Apa pun, mereka berdua adalah permata berharga bgi diri aku. Moga Allah memelihara kehiduan kami bertiga dunia dan akhirat. Amiin.




Care to comment?


Wednesday, 28-Jan-2009 18:07 Email | Share | | Bookmark
Aleesa Zahra : on her 17th day

Quote:
All pictures look too gorgeous because they are taken by Zahra's Bapak.













geramnyaaaaa tgk dia...bila nak bole jalan niii... Fri 30-Jan-2009 23:52
Posted by:91 the greenway  - [Link]
Add comment


Monday, 12-Jan-2009 23:15 Email | Share | | Bookmark
The meaning of Aleesa Zahra



Quote:
Ya Allah Ya Tuhanku ...
KAU berkatilah kehidupan Aleesa Zahra ...
Jadikan lah beliau sebaik-baik umatMU ...
Moga nama yang dipilih ini mendapat rahmat dari MU


Setelah berpinar2 mata ini dan pening kepala dibuatnya untuk mencari nama yang sesuai bagi si puteri, kami akhirnya sepakat untuk memilih ALEESA ZAHRA sebagai nama penuh. Sejak dari dalam kandungan lagi dan bila kami yakin bahawa kandungan adalah perempuan (berdasarkan regular check-up di hospital .... kami telah reserve nama Zahra, cuma nama awal shj yg belum mendapat kepastian). Aleesa yang bererti kegembiraan ..., manakala Zahra pula yang cerdik ... Mudah-mudahan sesuailah nama ini untuknya.... Insya Allah.

Alhamdulillah,Tahniah Mahadi dan Imah atas kelahiran puteri Aleesa Zahra. Moga kehadirannya menambahkan kebahagiaan dan keceriaan dlm rumahtangga.. Comelnye tgk baby Aleesaa.... InsyaAllah kalau berkesempatan kami dtg ziarah...

Untuk Imah, take good care of youself...
Thu 15-Jan-2009 13:11
Posted by:azu  - [Link]
--> Azu
TQ. Hadirnya Zahra mmg membuatkan hidup kmi ni kelam kabut gamaknya. InsyaAllah, kmi akan didik sebaik mungkin utk menjadi muslimah yg solehah dan berjaya dlm hidup ... ianya anugerah drpNya, semestinya kita kena pelihara. Imah alhamdulillah ... semakin hari beransur cergas. Dtg lah ke rumah kami ... dulu singgah sekejap sgt, cuma nampaknya klu dtg kali ni dah 2 vs 0 gamaknya
Thu 15-Jan-2009 20:46
Posted by:newcombe rise  - [Link]
Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 21:24 Email | Share | | Bookmark
Zahra's 'tali pusat' gone on her 6th day (snow day in London)



Pagi ni tali pusat Zahra nampak gayanya hampir putus. Nampak relax aje dia waktu tali pusat tu da mula terkontang-kanting. Pesan org2 tua, lebihan tali pusat yang telah tertanggal tu perlu disimpan. Kami kurang arif pula apa mitos disebalik perkara ini.



Sedari dari subuh juga, snow turun dengan lebatnya ... patutlah dri ptg semalam sejuknya lain macam. Snow rahmat kot (biasa org kata hujan rahmat ) sbb mmg niat dihati apa jua berlaku hari ni, aku tetap nak tanam plasenta Zahra. Tanpa lengah2 lgi, aku menyambung tugasan sejak ptg smlm untuk membersihkan plasenta Zahra (kerja ni asyik tertangguh shj, al-maklum lah winter ni gelapnya lebih cepat ditambah pula dgn kunjugan tetamu yang tak putus2 tiba). Berbekalkan list drp org tua kami, alhamdulillah kerja2 mengumpulkan item2 yang perlu dimasukkan ke dlm bekas tanah liat bersama2 dgn plasenta berjalan dgn lancar. Cuma naik mengah juga nak mengorek tanah kat depan rumah aku ni, banyak sungguh batu2 pejal. Tambah pulak suhu takat beku pagi tu ...cepat kebas tangan ni jadinya. Akhirnya, berjaya juga plasenta Zahra ditanam. Semoga Aleesa Zahra membesar menjadi muslimah yang solehah ... InsyaAllah.



Selesai kerja2 menanam plasenta ... org tua kat M'sia pesan isteriku supaya dapat kiranya membuat bubur putih bubur merah sbb tali pusat Zahra telah tertanggal (actually ditanggalkan oleh isteriku sbb lat lat lat mcm nak tertanggal ... baik ditanggalkan terus ). Seumur hidup aku, tak pernah aku membuat bubur putih bubur merah ni, tau2 aje klu kat kg tu ... klu mcm aku lulus periksa k, atau apa2 lah yg berupa mcm mensyukuri rahmat pemberianNya ... mak aku yg akan buat bubur ni (selain drp bersyukur atas segala kurniaanNya di tikar sembahyang). Namun, atas tunjuk ajar isteriku, berjaya juga aku menyediakan bubur putih bubur merah ni seadanya, cuma kata isteriku terlebih santan!. Ni lah hasilnya ...


Care to comment?


Friday, 9-Jan-2009 20:29 Email | Share | | Bookmark
Zahra ~ her first bath



Kesian kat baby Zahra, masuk hari ke 5 baru sempat dimandikan dengan air menyeluruh ke satu bdn. Bukan selama 4 hari ni beliau tak mandi, kat hospital tempohari, midwife hanya lap2 aje apa yang patut. Hari ke 3 & 4 pulak, mamanya hanya larat utk lap2 kat mana ada kesan darah pada bdn. Papanya pulak, memang lah tak berani nak mandikan Zahra yang masih kecil tu .

Alhamdulillah, pgi tu Nadia n Wan Saupi dtg ke rumah utk memandikan baby Zahra. Midwife pun pesan kat kami, baby yang masih kecil (below than 3 months), tak perlu dimandikan tiap hari, cukup dlm 2 kali seminggu shj., tu pun elakkan drp menggunakan sabun / shower gel / foam for baby utk elakkan kulit baby mengelupas.


Care to comment?


Wednesday, 7-Jan-2009 23:34 Email | Share | | Bookmark
Zahra on her 4th day



Bbp hari ni, rumah kami tak lekang dikunjungi ramai tetamu. Alhamdulillah, wlpn berjauhan drp family, dengan kunjungan tetamu2 ... sedikit sebanyak menambah keceriaan di hati kami berdua (bukannya tak ceria bila adanya baby Zahra ni, tapi tau2 ajelah kan keadaan kpd new parent mcm kami ni yg tak ada org tua di sisi). Bnyk petua yg kami perolehi utk diamalkan sepanjang dlm tempoh pantang ni drp tetamu2 ini. Mmg kekok hidup aku jdinya utk menguruskan isteri dlm berpantang dan untuk membiasakan diri ini yg aku MESTI kna uruskan semua benda dlm tempoh tersebut !!.

Terima kasih kpd family Wan Saupi n Nadia yg sudi memasak lauk n minyak panas Mestika utk org pantang and family Abg Bib n Ina yang membawa bekalan mknan kpd org yang x pantang ni (Ina juga turut menjadi tukang urut beberapa jam bagi melegakan bisa2 bdn isteriku), Sukor yg membawa bekalan bhn mentah sayur2an dan Family Abg Khir n K Lily yang sudi mensupply ikan masin utk org pantang. Terima kasih juga tak terhingga atas kunjugan rakan2 lain serta pemberian present kpd baby Zahra:
Family Jailani n Aida
Family Abg Ithnin n Noor
Kwn2 bujang IC (Hafiz, Sim, Mukhlis)
Kamal
Siti Aida, Waidah n Akmal

Kpd rakan2 satu universiti, Aryati n Nasree, Ude n Jamil serta Sukor n Mona, terima kasih atas present n kunjungan sebelum baby Zahra keluar lagi. Mana nak tau Zahra keluar lambat sgt kan



Ucapan terima kasih juga tak dilupakan kepada rakan2 lain di UK & M'sia yang menghantar berduyun2 SMS / e-mail ucapan tahniah apabila mengetahui baby Zahra selamat dilahirkan. Kpd sesiapa yang kami lupa atau lewat mereply, ampun dipinta sbb bukan disengajakan ... tapi keadaan kami yang tidak mengizinkan ketika ini (kelam kabut nak menguruskan hal2 berkaitan dgn pantang dan anak kecil).

Ada maksud tersmbunyi ke disebalik nama zahra nie?
Nanti klau nk buat aqiqah bgtau yer..
Leh shah hantar kambing or lembu gi sana...
Tue 13-Jan-2009 05:23
Posted by:kaamee  - [Link]
tahniah....aleesa zahra bt mahadi....beautiful name indeed....tengok gambar baby tido teringat zaman nurin baby... Tue 13-Jan-2009 11:57
Posted by:ude
--> Shah,
Maksud tu kna tgk entry kat atas ... he he he.
Aqiqah ... tak sure, mgkin buat kat M'sia kot. Hantar kambing ke JB nanti erk ...

--> Ude
TQ. Kna tmbh lagi kat UK ni Ude ... nurin tu pun dah besor pjg skrg, perlukan adik la pulak.
Thu 15-Jan-2009 20:48
Posted by:newcombe rise  - [Link]
Add comment


Friday, 2-Jan-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Discharge from Hillingdon Hospital

Hari pertama isteri n baby Zahra di Hillingdon Hospital, Husnisha serta Waidah telah menemani mereka berdua di Aleaxandra Ward selama beberapa jam sementara aku menguruskan diri di rumah (dekat 2 hari aku tak tidur dgn betul, aku perlukan rest sebentar). Belah ptg, kami dikunjungi pula oleh bakal ibu n bapa, Hafizah n Hafiz (congratulations !! akan dpt baby girl juga tak lama lagi).

Alhamdulillah, isteri n baby Zahra telah dibenarkan discharge keesokan harinya, 02.01.09. Malangnya, urusan tersebut selesai pada jam 7 mlm. Mmg dlm kepala ni risau semacam, tau2 ajelah dgn winter skrg ni, nak menuju ke kereta drp Alexandra Ward dan drp tmpt parking kereta di Newcombe Rise ke rumah tu satu hal. Check suhu mlm tu sekitar 0 ~ (-ve1), dlm hati berdetik ... kalau lah angin sejuk masuk ke dlm bdn isteri aku, x ke satu hal nanti ni kat rumah. Dlm keadaan isteriku yg masih lemah, aku berserah pd ketentuanNya. Kami selamat sampai ke rumah jam lebih kurang 8 mlm mcm tu. Berdasarkan pesanan drp mertua n isteri ku sendiri, aku calitkan sedikit madu ke mulut mongel baby Zahra justeru sampai di rumah, x lupa juga bbp bacaan surah sblm masuk ke rumah kami.



Mmg benar telahan aku, mlm tersebut, bdn isteriku bisa2 semacam (org Johor kata kena bentan) sbb angin sejuk masuk ke dlm bdn. Mmg panik dibuatnya bila melihat keadaan beliau ketika itu. Dgn nasihat drp kwn kami, Nadia dan Ina di West Drayton dan berbekalkan minyak Nona Roguy Herbanika yg dipos oleh mertua, aku lumurkan ke seluruh bdn isteri ku. Alhamdulillah, keadaan beransur reda. Baby Zahra pulak, OK shj asalkan dpt bekalan susu bdn mamanya .


Care to comment?


Thursday, 1-Jan-2009 20:12 Email | Share | | Bookmark
Our first baby @ morning new year 2009



Alhamdulillah, permulaan awal thn baru 2009 dimulai dengan berita kegembiraan buat keluarga aku Hj Bahari di Muar dan keluarga belah mertua, Mohamed Noor di Kg Bendahara, JB. Isteriku selamat melahirkan our first baby pada pgi 01.01.09 tanpa menghadapi sebarang komplikasi. Sememangnya telah tertulis baby kami ni keluar pd awl thn baru wlpn sepatutnya isteriku dijangka melahirkannya pada 22.12.2008. Ilmu pengetahuan sains hanya boleh menjangkakan shj, namun yang menentukan semua itu berlaku adalah Allah s.w.t.

Tiga hari sebelum tu isteriku telah menunjukkan 'contraction' yang agak kerap. Panic juga dibuatnya, sbb ianya berlaku tidak mengira waktu ... plg kerap belah mlm. Selama 2 mlm berturut2 itu jugalah kami kerap menelefon midwife hospital utk mendapatkan nasihat apa yg perlu kami lakukan. Dgn sedikit ilmu sewaktu hadir mengikuti kelas antenatal dan juga nasihat drp midwife, antara yg aku ingat utk mengurangkan kesakitan bila berlakunya contraction adalah dgn cara meminta isterikut berendam dlm bathtub dgn air suam, bnykkan berjln dsbg (kna tgk booklet pregnancy balik .. he he he). Pd 31.12.2008 jam 2 ptg mcm tu, apabila isteriku menunjukkan tanda2 plg hampir utk bersalin (kami menelefon midwife hospital terlebih dulu), kami menuju ke labour ward. Di situ isteriku diperiksa bukaan servik, dan ia menunjukkan 2cm bukaan. Malangnya .. kami dimita utk pulang ke rumah semula. Bengang juga dibuatnya, dahlah suhu begitu sejuk wktu tu (-ve 2 masa tu), tambah pulak dgn isteriku yg tak larat lgi utk berjalan ... kna disuruh balik pula . Alasan drp midwife, labour ward hanya terima patient bila servik dah terbuka 4cm. Tak ke bengong ... mcamana kami nak tahu dah terbuka 3 cm ke ... 4 cm ke (rasanya kna ambil course midwife nursing kot .. ). Mcm2 yg aku fikirkan kemungkinan berlaku bila kat rumah nanti ... macamana kalau alih2 air ketuban pecah dan isteriku terbersalin kat rumah ??? OMG !!!



Bila kat rumah, contraction bertambah kerap berlaku .. dlm pukul 11 mlm mcm tu kami nekad utk menelefon semula midwife utk ke hospital. Di hospital, bila midwife melakukan examination, serviks telah terbuka 5cm dan isteriku terus dimasukkan ke labour ward bilik no 4. Sebelum tu sempat juga kami 'merayakan tahun baru 2009' di Katherina Ward dengan melihat fireworks sekitar Hillingdon, Hayes dan West Drayton. Di labour room ni hanya kami bertiga shj. (kami dan juga seorang midwife British). Agak peramah dan profesional bila kami perhatikan cara beliau melakukan tugasnya, buatkan kami yang cemas ni menjadi lega. Berbekalkan bantuan 'etonox' dan juga 'petidine' bgi melegakan kesakitan isterikut utk bersalin, akhirnya jam 5.20 pgi .. baby yang comel seberat 2.87kg selamat dilahirkan secara normal. Selesai urusan kerja2 midwife n doktor ke atas baby n isteriku, buat pertama kali dlm hidup ni, aku telah mengazankan dan mengqamatkan seorang anak !!! Terasa begitu sayu di pagi yang bening dingin sejuk beku (ni kira bahasa rojak jawa la yea). Tak lupa juga kami meminta jasa baik midwife yg peramah tu utk membawa balik palsenta, Alhamdulillah permintaan kami dibenarkan setelah bersoal jawab dengan doktor bertugas.




Comey nye... Congratulations bro... Kami kat Johor rasa gumbira dengan kehadiran cahaya mata pertama kalian... Congratulations.. Sat 10-Jan-2009 02:03
Posted by:Memorable Moment Bridal m_moment@yahoo.com  - [Link]
Mahadi, tahniah setinggi tingi tahniah dari kami di Manchester. Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini akan menambahkan lagi seri rumahtangga kalian dan berbahagia hingga ke akhir hayat.
Mon 12-Jan-2009 21:44
Posted by:Ibnu Amin
Tahniah drp kami berdua untuk abg mahadi n kak imah..bestnyer dapat baby..hehehhe..
comel gitu..ala2 muka abg mahadi ngan kak imah ..
Tue 13-Jan-2009 05:21
Posted by:kaamee  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 6-Nov-2008 19:16 Email | Share | | Bookmark
Autumn Season @ St James's Park, London

Date : 4 November 2006
Time : around 2.00 pm
Objective : Feeling the autumn's mood








salam..tetiba rasa rindu pada tanah air Brunel..
teringat kenangan kita kuar jenjalan ramai2...huhuhuhuh..
InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa July nanti..
Fri 26-Dec-2008 00:09
Posted by:kaamee  - [Link]
---> re : Shah
dah lama x update fp, ha ha ha ... x perasan la pulak comment
kami pun dah lama x keluar gi jejalan ... boxing day pun stay kat umah aje .. hu hu hu
waaahhhh ... nak dtg sini ? bagus2 ... kami tunggu tau
Mon 29-Dec-2008 17:46
Posted by:newcombe rise
Add comment


Wednesday, 5-Nov-2008 17:20 Email | Share | | Bookmark
Suatu Petang @ ExCel, East London



Date : 27 October 2008
Time : 2.00 p.m
Objective : Took a parcel from Abg Ngah at NovoTel Hotel


Quote:
Pening kepala nak ke sini, Newcome Rise - West Drayton (bus), West Drayton - Paddington (GreatWestern Train), Paddington - Bow Church (Underground), Bow Church - Poplar (DLR), Poplar - Canning Town (DLR), Canning Town - Custom House ExCel (DLR) ... bilang lah sendiri betapa letihnya nak menukar transport. Balik singgah di MSD utk melantak.







Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.